Tuesday, November 16, 2010

Apa Yang Seorang Lelaki Perlu Tahu

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan jika dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Berlainan bagi perempuan, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Jika seorang isteri berbuat baik kepada suaminya, pahala akan dapat kepadanya dan jika berbuat yang tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan?

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga, nyawa seorang lelaki lebih pendek daripada perempuan, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan atau mungkin kerana memikirkan beratnya dosa yang terpaksa ditanggung.

Wanita, auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin daripada suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya, tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita - ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat lelaki - suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatan.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Sayangnya Allah pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya istimewa di sisi Allah. Kerana itu Dia mengangkat lelaki menjadi pemimpin. Maka, dengan keistimewaan itu, jagalah dan hargailah wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-Nya.

Tabiat buruk lelaki

Lapan tabiat buruk lelaki

1)Tinggalkan saja pinggan, mangkuk, gelas, cawan begitu saja selepas makan kerana menganggap ada orang (wanita) yang akan mengemas dan membasuh perkakasan itu untuk mereka.

2)Tabiat buang sampah merata-rata sering dimiliki kebanyakan lelaki perokok. Puntung dan kotak rokok sering kali dilempar saja sesuka hati mereka walaupun banyak bekas habuk rokok dan tong sampah yang disediakan di sana-sini.

3)Tidak membersihkan sisa cukuran misai dan janggut di atas sinki selepas selesai bercukur.

4)Merokok atau membaca di dalam tandas.

5)Gemar gunakan lebih daripada satu cawan atau gelas minuman dalam sehari, sedangkan malas untuk mencucinya.

6)Tidak peduli untuk memastikan pakaian mereka berada dalam keadaan teratur di tempat penyimpanannya. Ramai yang memunggah-munggah pakaian ketika mencari pakaian yang hendak dipakai hingga bersepah di sana-sini. Ada juga yang suka meletakkan pakaian yang sudah dipakai merata-rata.

7)Buang angin, sama ada sendawa ataupun kentut tanpa segan silu dan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain.

8)Tidak menumpukan perhatian apabila seseorang bercakap dengan mereka. Selalu tidak faham atau terawang-awang hingga memaksa seseorang untuk mengulang kata-kata berkali-kali.

Wednesday, October 13, 2010

“Seorang Da’ie adalah seorang pembersih dan kebersihan bermula daripada rumah”

Ada satu pekara yang menarik minatku dan terkesan dihatiku semasa mendengar salah satu pengisian dalam slot MISI 2009 di Shah Alam oleh Ustaz Alias. Beberapa pesanan yg masih di ingati adalah mengenai aspek kebersihan diri sepanjang berada di medan dakwah ini,beliau berjumpa dengan bermacam-macam ragam ikhwah akhwat.Beliau berkongsi pengalamannya,:
“kalau nak lihat seorang ikhwah itu seorang pembersih,lihatlah tandas dirumahnya.Jika bersih,maka ikhwah itu adalah seorng pembersih dan sebaliknya” (so boleh fikir2kan ek,bukan ikhwah sahaja tetapi meliputi akhwat juga).
Beberapa perkongsian yang menarik juga adalah kebersihan diri.Beliau menceritakan bahawa ada seorang ikhwah yg sangat mantap penyampaian dakwahnya tetapi akibat tidak mengambil berat tentang bau badan yg dihasilkan,jambang yg tidak terurus,pakaian yg tidak bergosok dengan sterika,boleh menyebabkan dakwahnya menjadi fitnah.
Juga beliau menceritakan bahawa menjaga kebersihan di rumah itu memerlukan kerjasama daripada ahlul bayt dirumahnya.Katakan jika sepasang suami isteri yg mantap dan sibuk dengan aktiviti dakwahnya.Pada waktu pagi,si isteri akan membuat sarapan utk ahli keluarganya.Selepas itu membasuh baju,mengemas rumah dan bersiap-siap utk pergi ke tempat kerja.Balik dari kerja,mengangkat baju yg dibasuh pagi tadi,kemudian memasak dan bersiap-siap nak buat usrah utk adik2 di IPT.Balik daripada usrah,ada timbul kecil hati,kecewa dan pelbagai perasaan lagi,melihat pinggan mangkuk yg sudah dimakan tidak dibasuh lagi,baju masih belum dilipat lagi dan keadaan rumah yg bersepah.Tiada kerjasama daripada si suami .Apakah itu yg di ajar oleh naqib si suami semasa dalam usrah ?Mengapa tidak menjadikan Rasullah sebagai model pemimpin keluarga yg sejati?Rasullah juga pemimpin negara,pemimpin masyarakatnya tetapi apabila berada di rumah, beliau menjahit sendiri baju dan kasutnya,mengangkut air dari perigi dan menolong isterinya Aisyah R.A dalam menjaga kekemasan rumah.
Pada pandanganku,kebersihan itu perlulah dipupuk sejak kecil lagi iaitu dengan didikan daripada ibu bapa di rumah.Manakan mungkin anak-anak dapat menjaga kebersihan di bilik mereka di IPT jika dirumah mereka pun tikus,lipas boleh hidup bersama serta berganding bahu dalam mengotorkan rumah. Sikap dan tanggungjawab kita mengenai kebersihan pasti akan ditanya kelak oleh Allah dihadapannya di padang Mahsyar .Ini berdasarkan firmannya :
“Setiap org bertanggungjawab atas apa yg telah dilakukannya” (74:38)
Oleh hal yg demikian,seorang da’ie perlu merasakan kebertanggungjawaban menjaga kebersihan itu adalah amanah drpd ALLAH dan kebersihan itu adlh sebahagian daripada iman,maka marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan.Semoga kita mendapat taufik dan inayah daripada-Nya.Ameen

“BAGAIMANA AJARAN ISLAM TENTANG CINTA KEPADA KEBERSIHAN ? ”

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati,satu perkara yang tidak boleh terlepas pandang dalam dirinya adalah dalam aspek menjaga kebersihan.Islam telah menekankan betapa pentingnya kebersihan dalam setiap diri muslim kerana ia merupakan salah satu tanda-tanda org yg beriman. Berdasarkan hadis :
”Kebersihan sebagian dari iman.” (HR. Ahmad)
Bagaimana mungkin seorang da’ie yg beragama Islam dan mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya,boleh mengabaikan aspek ini? Kemudian dimana dan bagaimana cara kita menjaga kebersihan itu ?
Islam mengajarkan kebersihan.
Apakah kebersihan itu? Secara singkat kebersihan dapat diartikan sebagai sesuatu keadaan yang terbebas dari segala noda dan kotoran, baik yang tampak oleh mata maupun tidak. Oleh karena itu dalam Islam, menjaga kebersihan harus meliputi dua aspek, kebersihan lahir dan kebersihan bathin. Kebersihan lahir meliputi badan, pakaian, tempat tinggal dan lingkungan hidup. Sedangkan kebersihan bathin meliputi usaha untuk menghindarkan bathin kita dari sifat-sifat tercela yang bisa mengotorinya, antara lain : dengki, sombong, angkuh dan sebagainya.
Agama Islam sangat memperhatikan masalah kebersihan. Beberapa buktinya dapat di kemukakan sebagai berikut :
a. Islam memberikan syarat agar ibadah yang dilakukan seseorang seperti solat dianggap sah, maka harus dilakukan dalam keadaan suci, baik badan, pakaian dan tempat solat.
b. Masalah kebersihan di hubungkan dengan keimanan, suatu masalah yang paling pokok bagi kehidupan seseorang muslim. Kebersihan dalam Islam merupakan bagian tidak terpisahkan dari iman.
Sesuai Sabda Nabi SAW : ”Kebersihan sebagian dari iman.” (HR. Ahmad)
c. Dalam ajaran Islam banyak dibahas masalah kebersihan dan kesucian, misalnya wudhu, mandi, tayamum dan cara-cara menghilangkan hadas kecil dan besar serta najis.
Berdasarkan bukti-bukti diatas jelaslah bahwa masalah kebersihan mendapatkan perhatian yang besar dalam ajaran Islam. Hal ini berarti, menjaga kebersihan merupakan salah satu bentuk pengamalan ajaran tersebut. Oleh karena itu, wajar apabila orang-orang yang selalu menjaga kebersihan dan kesucian lahir dan bathin, sangat dicintai Allah. Perhatikan Firman Nya :
”.... Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertobat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al-Baqarah : 222)
Kemudian perhatikan pula dua buah hadist dari junjungan kita, junjungan umat, Nabi termulia, Rasul paling agung.Bersabda Rasulullah SAW :
”Islam itu bersih, maka jagalah kebersihan dirimu, sesungguhnya yang akan masuk syorga hanyalah orang-orang yang bersih.” (HR. Baihaqi)
Dan Sabdanya :
”Sesungguhnya Allah SWT itu baik, menyukai hal-hal yang baik. Dia Maha Bersih, menyukai kebersihan. Dia Maha Mulia, menyukai kemuliaan dan Dia Maha Pemurah, menyukai kedermawanan. Karena itu, bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Turmudzi).
Secara singkat isi kandungan dua buah hadist tersebut diatas sebagai berikut :
1. Kebersihan merupakan esensi ajaran Islam
2. Kebersihan dan kesucian merupakan hal yang sangat dicintai Allah
3. Kebersihan dan kesucian merupakan salah satu syarat masuk syorga
4. Kebersihan dan kesucian adalah kewajiban yang harus ditunaikan oleh orang-orang yang beriman.

Thursday, July 8, 2010

Ibrah saman motor

Assamualaikum.

Dah hampir 2 bulan ,aku xtulis sebarang perkongsian dlm blogku ini.xde idea.huhu.
Nak dijadikan citer,mggu lepas,aq ada dapat surat.ingatkan surat dapat duit,tp rupa2nya surat kena buang duit.tengok2 kepala surat CAWANGAN TRAFIK IPK KUALA LUAMPUR n then baca tajuk surat
PERINGATAN BAYARAN SAMAN TRAFIK.terus aq tension n pelik.aq ada wat salah ke masa bwk kenderaan kat kl?dlm bakul motor aq,xda surat saman pun.pastu aq pun check kat myeg.dia punya susah nak check byr saman,nak kena register n wat password pulak.leceh betul r.
Check punya check,akhirnya terjumpalah pe kesalahan aq,rupa2nya aq salah parking tempat motor masa gi lowyatt kat jln imbi.byrn saman rm 30.fuh,nasib baik rm 30 bkn rm100 (dlm hati,rm30 byk jgk tu,mcm2 bley guna terutama nak isi minyak motor utk 4 mggu).Kena pulak aq tgh hampir pokai sekarang ni.huhu.
Rabu semalam,dgn masa yg ada lebih kurang dua jam setengah,aq setelkan byr bil maintenance umah+ bil air dulu,pastu betulkn brek tangan motor yg putus, n then gi kedai kasut,akhir sekali aq gi IPD PJ kat pj state,punyalah susah nak cari jln masuk ke IPD PJ ni.nasib baik aq xpert 'jln tikus' kat area pj state ni.hehe.pas parking motor,aq terus gi balai polis n cari tempat bayar saman.dah jumpa,aq pun masuklah dlm tempat bayaran saman.Cabaran pertama menanti aq,org ramai lebih kurang 30 org.Cabaran kedua,de 2 kaunter semakan saman n 1 kaunter bayaran saman (kawe rasa mcm pelik pulak,org ramai tp kaunter sikit,ditambah pulak kawe xpernah byr saman sblm ni,jd pening ckit r dgn prosedur byr saman ni).Cabaran ke -tiga,tggu masa nak byr saman,hampir 30minit gak tggu.aq perhatikan byk org yg datang nak byr saman berjumlah rm100 keatas.n aq tgk diaorg ni suka buat kesalahan yg sama berulang kali.mcm dah jd hobi n takwim bulanan utk dia org byr saman.haha.

Analogi...
Masa aq dok beratur nak byr saman tu,tiba2 aq terfikir,knp hal2 sebegini terjadi kat aq? rupa2nya tanpa aq sedari,ALLAH tealah mengajar satu hakikat bahawa setiap yg berlaku,xkira hal2 yg baik atau yg buruk dlm setiap diri manusia tu ada hikmahnya.Terpulang pada diri kita sama ada nak belajar atau x.Tp bagiku saman motor oleh polis trafik ni x ubah seperti dalam ayat 11 surah Ar-Ra'd :

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yg selalu menjaganya bergiliran,
dari depan dan belakangnya.Mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya
Sesungguhnya Allah tidak akn mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka
mengubah keadaan mereka sendiri.Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu
kaum,maka tak ada yg dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain
Dia.

Nah,kat dunia ni pun ada org yg catat kesalahan kita,ini lagikan di akhirat kelak.Allah pasti tanya balik.So pe kita nak jwb?anggota2 bdn kita jd saksi kalo kita berdusta.

Mengenai banyaknya karenah birokrasi (xtau betul @ x penggunaan ayat ni) nak byr saman,dapat dianalogikan bahawa apabila berada di alam akhirat kelak,iaitu di padang mahsyar, semua manusia akan diasingkan,org yg beriman,terus dimasukkan ke syurga,yg kafir,terus dimasukkan ke dalam neraka.jika banyak dosa kita,maka,semakin panjanglah masa utk Allah tanya secara detail.Dan ketahuilah bahawa 1 hari kat akhirat bersamaan 1000 hari kat dunia.ditambah lagi bukan kita sorang je yg akan disoal,setiap umat dari umat Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad S.A.W,akn ditanya.so kita xtau berapa lama kita nak tggu giliran.mgkn 1 juta tahun atau lebih lagi?so fikir-fikirkanlah...(terutama utk diriku sendiri).

Selepas ini aq akn cuba pelajari kesilapan yg berlaku pd diriku n mengambil pengajarannya.Aq xmau jadi seperti kaum2 nabi Nuh,nabi Hud dgn kaum 'Ad,nabi Saleh dgn kaum Thamud,nabi Lut dgn kaumnya,nabi Syuaib dgn kaum Madyan,nabi Musa dgn bani Israel.Mereka ini ditimpa azab kerana xnak ikut ajakan beriman kepada Allah.dan dlm konteks perkongsian kali ini adalah mereka ini xnak ambil pengajaran akibat ingkar perintah ALLAH.sedangkan mereka ini berjalan atau menetap diatas bekas tempat2 kaum diazab Allah.maka tidakkah kamu wahai manusia hendak berfikir?

p/s :Ya ALLAH aq memohon kepadaMu agar Engkau tetapkan hatiku dan sentiasa bersikap Ihsan dlm apa jua tindakkan daku.ameen

Thursday, May 27, 2010

Mohd Dhuha




Ada satu cerita yg nak aq kongsikan sediki tentang cerita Mohd Dhuha ni.Dengar ek
Alkisah dtglah si kancil dtg beramai-ramai menghadap Sultan Firaun....Tayyib....(bley smbg dialog seterusnya sendiri)hehe.

Nak dijadikan cerita r,aq blk kampung arwah mak aq kat Kg Dulang Laut,Rengit,Johor.Pd waktu mlm,lps solat isyak berjamaah dengan Pak ndak aq kat surau,aq menonton rancangan ASTRO OASIS (aq tgk sorang je coz family Pak Ndak aq tdoq awal).so ntah mcm mane ada cerita ttg Mohd Dhuha.sepangjang hidup aq ni,xpernah lg jumpa org nama Mohd Dhuha,menyebabkan aq tertarik menontonnya.

Mohd Dhuha ni adalah merupakan seorang murid darjah 2 yg belajar kat sekolah kampung je.Tp yg menariknya ttg Mohd Dhuha ni adalah seorang pelajar yang berakhlak mulia terutamnya dr segi menghormati ibu bapa dan guru2 sekolah.Cuma mslh dia adlh dia xbrp minat dgn matapelajaran lain kecuali Pendidikan Agama.Kalau waktu matapelajaran maematik,dia xmsk tp abis sesi matapelajaran matematik,matapelajaran Agama akn menyusul n automatik dia akn msk ke kelas tersebut.Cikgu agama dia ni seorang guru lelaki yg tegas n agak berumur sedikit.

Nak diringkaskan cerita,satu ari dia terperasan cikgu dia menunaikan solat Dhuha,n dia amek wuduk n ikut ustaz dia solat dhuha.tp abis solat dhuha,dia akn cabut lari coz takut kena mrh. Satu ari tu,Mohd Dhuha ni solat dhuha jd makmum,n abis solat dia mengaminkan doa solat dhuha,dan serta merta dia menangis menyebabkan Cikgu dia terkejut...

Keluarga Mohd Dhuha ni adalah keluarga yg miskin dan susah dan beliau merupakan anak tunggal dalam keluarganya.Tp ayahnya seorang tok siak di surau kampungnya.Secara x lgsg,Mohd Dhuha ni dpt didikan agama secara lgsg dr ayahnya.Ada satu babak yg menyentuh hati kawe ni,babak yg mana, pada satu ari Mohd Dhuha ni blk umah dalam keadaan baju sekolah yg kotor dan kepala berdarah coz ditolak ke dlam
sawah oleh kwn dia.Kwn dia xpuas hati coz Mohd Dhuha ni x kasi join dia ponteng kelas Matematik utk solat dhuha(Mohd Dhuha dpt kebenaran uk solat Dhuha dgn guru Agamanya setelah mendpt izin guru besar sekolah dia).Ayah mohd Dhuha yg lihat keadaan anaknya yg blk dlm keadaan kotor,terus marah.Pada ketika itu kwn Mohd Dhuha yg menolak beliau ke dlm sawah td dtg ke umah Mohd Dhuha bersama ayahnya. Setelah ditanya dan dijwb oleh Mohd Dhuha situasi yg sebenar,dengan serta merta ayahnya mtk maaf kpd Mohd Dhuha.(tiba2 hati aq jd sebak coz seorang ayah mtak maaf dgn anaknya coz terus mrh Mohd Dhuha tanpa usul periksa).huhu.

Satu hari,Cikgu Agama beliau ingin dtg ke tumah dia utk mengajar subjek2 matapelajaran yg lemah n tiba2 MOhd Dhuha dilanggar oleh lori (Mohd Dhuha naik basikal) dan mati serta merta dan di akhiri oleh tangisan Guru Agamanya...

P/s:walaupun cerita ni adlh cerita lama tp penuh dengan mesej cthnya menghormati guru n ibu bapa serta kepentingan solat Dhuha utk setiap org islam.
Moga2 kita diberi kesempatan masa utk tunaikan solat Dhuha walaupun sesibuk manapun (terutama diriku sendiri).


Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

p/s :Bersama-sama kita beramal dan renung-renungkan.ameen

Cinta Sejati




Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan

Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus
Setia dan romantis
Cinta wanita sanggup terseksa
Jika terdera
Bila dipujuk mudah lupa

Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan
Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan
Cinta sejati tak berkurang dengan keburukan
Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan
Cinta sejati tak pernah terancam
Cinta sejati tak pernah curiga
Tapi
Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selau bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon


Cinta sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta sejati tidak pohon dibalas
Kerana
Semua itu tak kekal lama
Cinta sejati pertimbangan adil
Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi
Cinta sejati semakin tua semakin sayang

Apa rahsia cinta sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati

Tuesday, April 13, 2010

Futur

Bismillahirrahmanirrahim,

Erti FuturFutur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten dan rajin. Dalam konteks amal dakwah, ia adalah satu penyakit yang menimpa aktivis dakwah dalam bentuk rasa malas, menunda-nunda, berlambat-lambat dan yang paling buruk ialah berhenti dari melakukan amal dakwah. Sedangkan sebelumnya ia adalah seorang yang aktif dan beriltizam.

Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud; "Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat." (Riwayat Al-Bazzar)

Bahaya Futur
Walau pun futur adalah sesuutu yang lumrah berlaku dalam diri manusia tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadith di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk. Antara kesan buruk itu ialah;

1. Pengabaian kepada amanah.
Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.

2. Gugur dari jalan dakwah.
Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.

3. Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.
Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya. Maka sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa; "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas..."(Riwayat Abu Daud). Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya." (Riwayat Al-Bukhari)

Kenapa Futur Berlaku?
Sebahagian dari langkah untuk menangani futur ialah memahami sebab ia berlaku. Dengan itu, kita dapat berusaha mencegah, menjangkakan atau mendiagnosnya, setelah itu merawatnya dengan preskripsi yang betul. Futur berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

1. Melakukan amalan agama secara berlebihan, melampau atau memaksa diri. Ramai aktivis dakwah begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga tidak memerhatikan aturan alam, anjuran Islam dan keupayaan diri. Akhirnya apabila naluri semulajadi futur muncul, ia menjadi lemah, jenuh dan bosan sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits di atas. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud; "Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu." (Riwayat Abu Daud). Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud; "Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yanag dilakukan secara rutin walau pun sedikit." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah. Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas. Contoh lain ialah tabiat melunsur internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk melunsur dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melunsur dan berchat. Untuk menjauhi futur, perlulah aktivis dakwah ditarbiyah agar berpada dalam perkara yang mubah.

3. Suka bersendiri dan berjauhan dari berjamaah. Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah. Oleh itu, aktivis dakwah mestilah dididik untuk melazimi teman-teman aktivis seorganisasi bagi mengelakkan futur. Pembimbing tarbiyah pula mestilah berusaha untuk sentiasa membina kemesraan aktivis dakwah dengan organisasinya dan memastikan kemesraan yang berterusan sesama aktivis.

4. Kurang mengingati mati dan Akhirat. Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.

5. Lengah dengan syubhat dan dosa. Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

6. Membataskan aktiviti pada aspek tertentu sahaja. Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tindakannya. Ia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Ia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.

7. Melupakan sunnah alam. Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa. Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu juga mempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya." (Riwayat Al-Bukhari). Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.

8. Tidak ada persiapan menghadapi cabaran di jalan dakwah. Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah. Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.

9. Lebih banyak bercampur dengan teman-teman. Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud; "Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman." (Riwayat Abu Daud). Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman. Ini adalah cara yang lebih baik dari cuba control atau halang seseorang aktivis dari berkawan dengan yang lain.

10. Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem. Apabila seseorang bekerja tanpa ikut sistem dan perancangan yang baik, ia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya. Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bag imengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.

Merawat Futur
Setelah memahami punca-punca futur, maka merawatnya boleh dilakukan melalui perkara-perkara berikut;
1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.
2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.
3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmatai yang mubah atau dalam beribadah.
4. Membina kemesraan dengan organisasi dan rakan-rakan aktivis.
5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.
6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.
7. Berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.
8. Benarkan sedikit perkara mubah bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.
9. Berikan kisah-kisah para sahabat dan orang-orang soleh dan perjuangan mereka untuk diambil iktibar dan memperbaharui semangat.
10. Memberi peingatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.
11. Menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.


-Diambil dr blog http://nuqabahidayah.blogspot.com.

Saturday, March 6, 2010

Fatamorgana Dunia

Yang tersurat


Pernahkah kita melihat fenomena seperti diatas?Saya xnak ceritakan fenomena diatas kerana kita dah belajar semasa zaman sekolah dahulu.Saya nak kongsikan cerita fatamorgana dunia yg begitu indah tetapi sangat melalaikan kita.Hampir setiap hari kita akan melakukan perkara yg sama,bangun tidur,pergi kerja @ kuliah,balik umah,tengok tv dan tidur.Hidup ini seolah-olah adalah seperti robot.Hinggakan tiada erti hidup sebenar,walhal Allah telah menetapkan utk kita dan jin beribadah kepadanya sebaik sahaja kita lahir di dunia.



Yang tersirat

Aku cuba memahami erti hidup ini yg x ubah seperti fenomena fatamorgana.Penuh dengan penipuan.Ku sangkakan hidup ini mudah tetapi penuh dengan cabaran dan rintangan.Dengan cabaran dan rintangan yg semakin hebat,aku menjadi semakin matang.Tapi yg lebih membuatku tersedar adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T :"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara sia-sia/main-main sahaja? dan bahwa kamu tidak akan kembalikan Kpd kami? Maka maha tinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada tuhan selain dia, tuhan yang mempunyai "arasy yg Mulia".(23:115-116).Aku memerhatikan sepanjang hidupku sehingga kini,manusia semakin berkejar-kejaran mencari dunia.Harta,pangkat,wanita dan anak2 terasa indah pada pandangan kita.Kita lupa dengan kata2 hikmah Saidina Ali : "Manusia ketika hidup di dunia semuanya (mimpi),bila mati baru mereka terjaga (tersedar).Owh rupanya hidup ini sekadar tempat persinggahan sementara,sebelum pergi ke destinasi yg sebenarnya (akhirat).

Senjata

Aku sebenarnya memerlukan sejenis senjata iaitu pancaindera yg ke-5 iaitu hati.aku perlukan mata hati yg bersih dr kotoran dosa dan sentiasa tetap.Ya Allah bantulah aku dengan cahaya hidayah dan taufik Mu.Ya Allah,kuatkan daku melawan nafsu yg menyerang dr pelbagai arah.

p/s-doakan aku menjadi orang mukmin.ameen.

Friday, February 19, 2010

Keseronokan dunia ibarat permainan melalaikan

DUNIA diibaratkan seperti ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil itu bergantung kepada apa yang diusahakan. Jika amalan diusahakan itu baik maka baiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya.


Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya." (Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)

Sesungguhnya setiap langkah, gerak geri dan tingkah laku kita di dunia dalam pengetahuan Allah. Segala amalan manusia semuanya akan direkodkan dalam diari dan diari itu akan dibentangkan di akhirat nanti.

Allah menugaskan dua malaikat, Raqib dan Atid untuk mencatatkan segala rekod kebaikan serta kejahatan dilakukan setiap individu.

Ahli tasauf menganggap dunia seperti bangkai dan manusia seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan dunia daripada akhirat. Al-Quran juga ada menerangkan yang dunia ini adalah permainan dan kelalaian.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)

Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila tiba masanya. Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Hal ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: "Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la, ayat 15, 16 dan 17)

Allah mengingatkan supaya manusia sentiasa ingat kepada-Nya dengan menunaikan sembahyang, mematuhi suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Namun, manusia lebih cenderung kepada penghidupan dunia.

Mungkin ini disebabkan dorongan syaitan dan hawa nafsu kerana syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan manusia di muka bumi ini, pada hal mereka sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.

Islam bukan melarang manusia mencari kemewahan dan kesenangan di dunia tetapi kemewahan itu biarlah sekadar memadai untuk menunaikan tanggungjawab serta kewajipan yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Manusia disuruh mencari atau beramal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di samping itu, Allah juga menegaskan bahawa dunia tidak boleh dilupakan langsung. Cuma antara dunia dan akhirat, Allah menguatkan supaya akhirat lebih diutamakan dari dunia.

Bagaimana halnya mereka yang lebih mementingkan dunia dari akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: "Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Inilah balasan orang yang sanggup meninggalkan akhirat dan mengutamakan dunia. Mereka itu akan mendapat seksaan di akhirat kelak.

Sesungguhnya, untuk memperoleh kejayaan dan kesenangan sama ada di dunia atau akhirat, kita disuruh melakukan segala kebaikan dan mencegah segala larangan. Kita juga digalakkan membuat amal ibadat lebih banyak daripada urusan keduniaan.

Keadaan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." (Hadis riwayat Al-Asyakin)

Pendidikan Kewangan

1)Sejak bermula zaman persekolahan kita di didik untuk membelanjakan wang yang diberikan oleh ibu bapa kita. Ada baki baru simpan.😀 2)...