Lapan tabiat buruk lelaki
1)Tinggalkan saja pinggan, mangkuk, gelas, cawan begitu saja selepas makan kerana menganggap ada orang (wanita) yang akan mengemas dan membasuh perkakasan itu untuk mereka.
2)Tabiat buang sampah merata-rata sering dimiliki kebanyakan lelaki perokok. Puntung dan kotak rokok sering kali dilempar saja sesuka hati mereka walaupun banyak bekas habuk rokok dan tong sampah yang disediakan di sana-sini.
3)Tidak membersihkan sisa cukuran misai dan janggut di atas sinki selepas selesai bercukur.
4)Merokok atau membaca di dalam tandas.
5)Gemar gunakan lebih daripada satu cawan atau gelas minuman dalam sehari, sedangkan malas untuk mencucinya.
6)Tidak peduli untuk memastikan pakaian mereka berada dalam keadaan teratur di tempat penyimpanannya. Ramai yang memunggah-munggah pakaian ketika mencari pakaian yang hendak dipakai hingga bersepah di sana-sini. Ada juga yang suka meletakkan pakaian yang sudah dipakai merata-rata.
7)Buang angin, sama ada sendawa ataupun kentut tanpa segan silu dan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain.
8)Tidak menumpukan perhatian apabila seseorang bercakap dengan mereka. Selalu tidak faham atau terawang-awang hingga memaksa seseorang untuk mengulang kata-kata berkali-kali.
No comments:
Post a Comment