Thursday, May 27, 2010
Cinta Sejati
Cinta lelaki selalunya manis
Cinta lelaki sukar meminta maaf
Cinta lelaki mudah diagih-agihkan
Cinta lelaki susah dipamerkan
Cinta wanita selalunya pahit
Cinta wanita selalunya kudus
Setia dan romantis
Cinta wanita sanggup terseksa
Jika terdera
Bila dipujuk mudah lupa
Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan
Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan
Cinta sejati tak berkurang dengan keburukan
Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan
Cinta sejati tak pernah terancam
Cinta sejati tak pernah curiga
Tapi
Selalu berwaspada
Selalu bersangka baik
Selau bermaaf-maafan
Tanpa perlu dipohon
Cinta sejati tanpa bersyarat
Kalau bersyarat tak kekal lama
Cinta sejati tidak pohon dibalas
Kerana
Semua itu tak kekal lama
Cinta sejati pertimbangan adil
Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi
Cinta sejati semakin tua semakin sayang
Apa rahsia cinta sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pendidikan Kewangan
1)Sejak bermula zaman persekolahan kita di didik untuk membelanjakan wang yang diberikan oleh ibu bapa kita. Ada baki baru simpan.😀 2)...
-
DUNIA diibaratkan seperti ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil itu bergantung kepada apa yang diu...
-
Yang tersurat Pernahkah kita melihat fenomena seperti diatas?Saya xnak ceritakan fenomena diatas kerana kita dah belajar semasa za...
No comments:
Post a Comment